Friday, November 8, 2013

Larangan Memakan Makanan Darat dan Laut Bercampur

“Mari kita tengok bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah.”



Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kaalu diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.
Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi. (kesan angin kata orang2 tua…)
Bagaimana nak atasinya?
Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:
* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda
Amalkan:
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.
FAKTA:
Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.
Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.
Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.
Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.

Bahagia & Membahagiakan - Prof. Dr. Muhaya


Prof. Dr. Muhaya Muhamad
Khemah Ibadah Salimah Kerjasama bersama JAIS dan Salimah 
24 Mac 2012 Masjid SSAAS, Shah Alam

Pangkat semua pinjaman, kita tak punya apa2 sebenarnya. Resepi awet muda - bukan cari makanan fizikal sahaja, tapi cari makanan rohani juga. Bila tengok cermin - kita yang dilihat atau kita yang melihat. Mana lebih kuat? Roh atau jasad? Bagaimana  untuk kuatkan roh, kuatkan rohani?

Demo - Seorang pelajar sukarela naik ke pentas. Dia diminta meluruskan tangan kanan dan jika ditolak oleh Prof. Muhaya, dia diminta melawan agar tangannya kekal lurus.Kemudian dia diminta menyebut namanya sendiri, dan bila tangannya ditolak, tangannya melawan dan kekal lurus.Kemudian dia diminta menyatakan yang namanya Prof. Muhaya, dan bila tangannya ditolak, tangannya tidak melawan dan jatuh ke sisinya. Mengapa berlaku sedemikian? Demo diulang beberapa tetapi keputusannya sama. Inilah kuasa minda bawah sedar - bila cakap benar kita jadi kuat, cakap tipu terus automatik jadi lemah. Perkara sama berlaku bila pelajar diuji dengan bayangan imej positif, negatif, imej muka orang jahat vs orang baik, imej benda pelajar suka vs benci. Bila imej negatif di minda, badan  terus lemah, bila gambarkan imej positif, badan automatik jadi kuat.

Jadi semak diri kita. Kita suka baca berita apa? Siapa kena tangkap, siapa rasuah, siapa cerai, siapajahat. Apa ertinya? Kenapa kita tertarik untuk mengetahui benda negatif? Orang negatif memang suka benda negatif. Kenapa kita selalu fokus pada benda negatif. Jika nak 'operation', kenapa tanya 'side effect' sebelum tanya 'good effect'?

Inilah kuasa minda. Tukar pula 'audience' cuba lihat pelajar di pentas dgn pandangan sayang dan benci. Perkara sama berlaku. Pandangan kasih sayang beri kekuatan, pandangan negatif melemahkannya. Itulah kesannya bila ibubapa lihat anak dengan pandangan sayang atau marah. Anak fitrahnya lahir dalam keadaan baik. Ibu bapa yang mencorakkan.  Jika anak perangai tak elok, semak dulu perangai ibubapa. Bila kata tak boleh, tak suka - badan automatik jadi lemah.

Kenapa jika berada di Mekah, semua kita kata jadi kenyataan, mengapa kita tak ada keyakinan begitu di Malaysia? Adakah doa dimakbulkan jika kita di Mekah sahaja?

Konsep: di mana minda kita? Minda bukan sekadar di kepala, tapi di seluruh tubuh, di setiap sel kita. Jadi untuk bahagia, kita perlu sentiasa ada imej positif. Minda ada 2 jenis - sedar dan bawah sedar. Cuba bayangkan pintu rumah dan pintu kaabah. Mana lagi cepat nampak? Sama je kan walaupun Kaabah jauh beribu batu daripada rumah kita. Itulah keupayaan minda bawah sedar. Sebab itu kita mudah ingat rupa orang daripada namanya.  Minda sedar berupaya memproses cuma 5bit/s.

Pelajar yang bijak banyak guna gambar - lihat kesan iklan - kalau sebut piza, ingat Pizza Hut. Sebab  itu kena jaga apa yang mata kita lihat. Berita apa yang kita fokus? Mengapa asyik salahkan anak muda? Ibubapa kenapa perasan bagus? Macam mana anak nak dengar cakap Ibubapa, bila ibubapa tak dengar cakap Allah? Imam Ghazali kata bila lihat anak muda, kita kena rasa rendah diri kerana mereka kurang dosa daripada kita.

Bila kita pergi ke rumah seseorang, selepas 20 minit kita dah boleh lihat masa depan ahli keluarga tersebut. Bagaimana untuk menilai masa depan seseorang?

Konsepnya - Fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan, tindakan menghasilkan kehidupan.

Fikiran positif hasilkan perkara positif dan sebaliknya. Jadi ,jika luar tak elok, sebenarnya yang perlu dibetulkan ialah dalaman kita. Jadi, pagi2 kita tengok Tanyalah Ustaz atau baca surat khabar? Bila baca surat khabar, kita tengok cerita orang, jadi, bila tengok orang, nampak tak kekurangan kita, nampak tak apa yang kita perlu betulkan pada diri? Bila kita sibuk tengok aib orang, apa orang lain akan buat pula? Cari aib kita. Jadi, bila kita mengumpat orang, orang lain akan umpat kita pula. Jadi lepas ini cuba tampar diri sendiri jika mulut tersasul mengumpat orang lain. Kita ni bila anak buat salah, cepat je kita tampar, tapi bila kita buat salah, kenapa tak tampar diri sendiri pula?

Jadi berbalik pada bagaimana menilai kehidupan orang pada masa akan datang. Jika pergi kerumahnya lihat adakah barangannya semua cantik2. Kecantikan fizikal untuk pandangan manusia, namun kebersihan hati yang menjadi pandangan Allah. Kemudian tengok pula bahan bacaannya, adakah suratkhabar dan majalah saja? Ada tak buku2 ilmu? Kemudian tengok peti ais pula? Adakah makanan sihat atau makanan menempah ICU 20 tahun akan datang? Jadi kena jaga pemakanan dari muda. Makan untuk sihat, bukan untuk sedap saja. Kemudian masa makan cakap apa? Mengumpat atau berbincang yang baik2? Apa yang kita cakap mengubah molekul makanan kita 'especially' air. Tubuh kita ada 70% air, jadi jika air yang diminum 'dikotori' umpatan, kejian tak elok, ianya akan memberi pengaruh tak elok juga pada tubuh kita. 

Kajian saintifik juga menunjukkan sebab utama kanser payu dara adalah tekanan (stress). Orang wanita ramai yang memendam perasaan. Jadi suami yang nak lihat isteri sihat, jangan kahwin dua. Orang Sudan sgt menghormati wanita kerana menganggap semua wanita sebagai ibunya. 

Wanita biar kasar dengan orang luar, lembut hanya dengan suami. Remaja wanita mohon jangan gedik2. Remaja lelaki hanya suka wanita gedik untuk jadi 'girlfriend', yang tak gedik baru jadikan isteri. 

Isteri lemah lembut dengan suami, bukan dengan bos di pejabat. Sebelum tidur, maafkan orang lain. Suami isteri sebelum tidur kena saling berterima kasih, tanya 'performance for the day', tanya berapa markah sebagai suami, sebagai isteri. Suami isteri kena selalu 'check' akaun emosi. Bagaimana akaun emosi kita? Pujian, ucapan terima kasih akan tambah deposit akaun. Tapi kalau kena keji, kena marah akan negatifkan akaun. Kita, kalau dipuji 10x, ditegur 1x akan dapat terima dengan mudah. Tetapi masalahnya hari ini, pujian xde, terima kasih xde, yang dapat hanyalah komen, kejian, jadi sebab itu wanita mudah merajuk. Sebab itu ramai pasangan bercerai kerana perkara kecil seperti tak gosok baju. Masalah sebenarnya akaun emosi negatif, sebab itu perkara kecil dan remeh memberi kesan besar, masalah sebenarnya ialah hidup tak bahagia.

Wanita jangan rasa lebih kerana berpangkat di pejabat. Jangan sekali-kali merasa lebih tinggi dari suami. Jangan cerita masalah rumah tangga dengan rakan lelaki atau wanita di pejabat. Orang lelaki pun kadang2 kalau dengan isteri orang memang simpati lebih, jadi wanita berjaga-jaga. Wanita kena jaga aurat, pergaulan di pejabat.  Untuk cari rezeki halal, perlu jaga syariat agar mengalir keberkatan daripada rezeki tersebut. Wanita jangan suka sangat dipuji, pujian boleh menipu kita.

Jadi, betul tak cara pemikiran kita hari ini boleh menentukan masa depan kita? Jadi nak ubah cara fikir tak? Ya, kena ubah, cara fikir positif akan bawa kesan positif dalam hidup.

Bila bangun pagi, lepas solat, ada tak renung diri? Ada tak muhasabah diri? Di mana kedudukan kita hari ini adalah kesan perbuatan yang kita pilih 20 tahun dulu. Saya dulu orang yang sangat menghargai masa, buat kerja nak cepat, sanggup duduk dalam stor kasut untuk fokus baca buku sebab sangat minat belajar dan tak suka buang masa. Jadi pilihan kita menentukan di mana kita nanti - mati kita bagaimana, sakaratul maut bagaimana. Semuanya kita yang buat pilihan. Kita sibuk menunggu pilihanraya umum, tapi ada buat tak pilihanraya setiap hari? Pilihan raya setiap hari - iman/nafsu,  syurga/neraka, pahala/dosa, taat/murka, Allah redha/Allah murka. Setiap saat, setiap perkara yang kita buat, perlu lalui pilihanraya ini sebagai panduan. Contoh bila jumpa orang, fikir nak senyum tak senyum? Nak senyum tak senyum, akhirnya senyum sesaat je. Senyum tu di bibir saja, tidak datang dari hati. Jadi kita senyum biar ikhlas - senyum 7 saat sambil bagi salam.

Jadi anak kita sebenarnya ikut perangai ibubapa. Jadi bila anak bermasalah, nak cerita dengan orang tak? Masalah siapa sebenarnya? Ibu bapa perlu renung diri sendiri dulu.

Kita selalu komplen anak nakal, tak dengar kata. Selalu sebut benda ni depan anak - jadilah itulah imej/gambaran yang ada di minda anak. Bila kita kata jangan usik adik, usik adik itulah terlihat di fikirannya. Cuba uji diri sendiri. Katakan jangan fikir gajah biru, tapi gajah biru yang kita akan nampak. Inilah kuasa minda bawah sedar. Minda bawah sedar tentukan 95% kehidupan kita. Jadi bagaimana imej diri kita di dalam, itulah yang orang akan nampak di luar. Sekarang letak tangan kanan atas dada dan kata - dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. Letak tangan atas kepala (energy point kita) dan kata "saya seorang yang beriman dan bertaqwa". Jadi untuk tengok kita elok atau tak, tengok sekeliling kita. Jika suami tak elok, salah siapa sebenarnya? Suami elok untuk isteri elok. Jadi nak cerita dengan orang ke keburukan suami kita? Sama juga, jika anak nakal salah siapa? Anak itu acuan kita. 

Lagi satu yang penting ialah imej diri. Siapa rasa dia lawa, pandai, tak pandai? Apa imej di dalam itulah yang akan dapat di luar. Dunia dalam menghasilkan dunia luar. Imej diri menentukan apa yang kita dapat dalam kehidupan. Manusia berkualiti mengamalkan 3 perkara:
1. Dengan Allah bertakwa
2. Dengan manusia berakhlak
3. Bila kerja perlu itqaan (buat sehabis baik).

Jadi jika nak jadi manusia berkualiti - kita kena gambarkan bagaimana orang berkualiti. Sebelum tidur, bayangkan diri kita menjadi orang berkualiti - buat imaginasi nampak kita sebagai orang yang bertaqwa dengan Allah - solat tepat waktunya, kita jaga aurat dsb. Kedua bayangkan kita berakhlak dengan orang lain - bila bercakap lemah-lembut. Ketiga bayangkan kita itqaan - buat kerja dengan baik, jadi isteri yang baik, layan tetamu dengan baik dsb. Bayangkan semua ini sebelum tidur dan imej ini akan masuk dalam minda bawah sedar kita.

Minda bawah sedar datang bersama emosi - eg ucapkan sy syukur sy sihat, sy taat suami, sy sayang mak mertua. Saya nak ingatkan, wanita kena sayang ibu mertua. Pernah tak kita sebagai isteri ucap terima kasih kerana mak mertua melahirkan dan memelihara anaknya sehingga jadi suami kita. Wanita jangan nak kawal suami dan ketepikan ibu mertua. Wanita yang bijak kena bantu suami jadi anak soleh. Barulah suami boleh masuk syurga, itu baru cinta sebenar. Jika isteri tak baik dengan mak mertua, nanti bila suami nak buka cawangan lain, mak mertua sokong suami. Baru padan muka ;)

Lagi saya nak sebut bila bangun pagi, ucapkan Alhamdulillah. Pasang niat untuk solat tepat pada waktu, kerja dengan itqaan dsb. Masa bekerja pastikan dapat gaji halal. Siapa layan facebook masa tengah kerja? Tanya diri halal ke gaji yang kita dapat tu? Jadi jika anak buat perangai cuba renung-renungkan. Gaji berkat akan mengalir pada anak. Gaji tak berkat pun sama. Sebab itu kadang2 gaji 3 ribu tapi rasa tak cukup, anak perangai ptak elok. Pelik tak bila gaji seorang pengawal keselamatan boleh bela anak hingga jadi doktor. Semua kerana niat ikhlas bekerja. Jadi pasang niat yang betul. Kerja dengan jujur dan ikhlas, biar kita buat lebih, dibayar kurang. Kita mohon semoga bayaran yang kurang Allah ganti dengan keberkatan pada kehidupan anak dan cucu. Jangan kerja kurang, ambil gaji lebih. Yang terlebih ambil itu pasti Allah ambil balik dalam bentuk2 lain spt anak degil, kereta selalu rosak dsb.

Kita kalau susah jangan mengharap pada manusia lain. Mengadu dan mengharap pada Allah semata. Jika niat baik, Allah akan buka jalan. Bila kerja kita fokus untuk cari kebaikan, semga Allah beri kebaikan pada anak. Masalah kita Allah yang beri jalan keluar, bukan manusia.

Orang ego suka melawan, suka nak menang, mudah marah, suka fikir apa orang fikir terhadapnya. Suka fikir yang apa yg dia dapat adalah hasil usaha kerasnya. Salah sebenarnya - tanpa izin Allah, kita takkan dapat apa2. Lawan ego adalah orang murah hati,terima org seadanya, rendah diri, suka buat baik dsb.

Saya tabik pada semua suri rumahtangga. Tugas mereka bukan mudah. Saya tak suka buat kerja rumah tapi kalau bedah mata orang saya suka. Jadi kita hidup kena buat apa yang kita suka, gunakan kekuatan dalam pekerjaan, bak pepatah - work yr strength, pay yr weakness. Jadi saya upah orang jadi maid untuk tampung kelemahan.

Jika kita difitnah, kita suka memfitnah orang sebenarnya. Jika diumpat, kita suka mengumpat. Saya banyak lihat benda ini semasa pembedahan - jika orang tu baik, mudah saja prosesnya. Jika orang tak baik, benda mudah pun boleh jadi susah. Saya pun banyak kekurangan, cuma pandai cakap sikit je. Sama-sama kita perbaiki diri.

Jadi apa formula kita utk bahagia? Tingkatkan kebergantungan pada Allah. Hanya Allah yang boleh beri bahagia. Bila bergantung pada Allah, semua jadi mudah. Oleh itu berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat.

Formula bahagia:1. Menghormati makhluk Allah - manusia, haiwan, benda. Apa makna hormat? Bila kita guna harta awam, bagaimana cara kita? Ikhlas atau tak?2. Buat baik tanpa harapkan balasan, buat kerana Allah.3. Sentiasa lemah lembut.4. sentiasa tanya apa sy boleh tolong, bukan apa sy boleh dapat. Great livers are great givers.

Agak2 boleh bahagia tak kalau amalkan begini? InsyaAllah boleh. Millionare pun ada pengalaman begini - yg pertama, beli baju mahal2, tak bahagia jugak, kedua, dia beli barang branded tapi still tak bahagia, ketiga, buat benda pelik2 mcm panjat Everest tapi still tak rasa bahagia, next dia ikut kawan dia beri bantuan pada anak yatim. Dia bagi kerusi roda pada budak kudung. Bila lepas bagi, budak tu panggil dia dan kata - "aku nak lihat wajah orang yang aku akan lihat di syurga nanti". Mendengar kata2 itu, terus air matanya mengalir. Saat itu baru dia rasa bahagia, rupanya kebahagiaan hanya dapat apabila kita memberi utk orang lain, bukan beri pada diri sendiri.

Jadi mudah tak nak amalkan formula untuk bahagia? Mudah je kan?

Seterusnya amalkan 3 prinsip untuk tak risau. 1. Masa terpenting ialah sekarang, jadi kenapa kenangkan apa yang berlaku semalam?2. Siapa paling penting - orang depan kita. 3. Apakah perkara paling penting - buat baik.Jadi jaga 3 perkara ini. Jika tiada orang depan kita, buat baik pada diri, jaga solat, jangan buat jahat. Bila buat baik, kita dekatkan diri dengan syurga.

Orang sebelah Kiri - xde ilmu, risau, banyak penyakit, miskin.Orang sebelah Kanan - ada ilmu, tenang, bahagia, sihat, kaya. Kaya bukan harta, tapi dalaman.

4 tahap bahagia: - x bahagia langsung- bahagia dgn dadah- bahagia jika anak2 dah kawin- bahagia walau apa pun berlaku, bahagia kerana ada Allah dan Rasul.

Kita hidup biar ada ibadah pada Allah. Nak cari pencen kubur - anak soleh, amal jariah, ilmu bermanfaat.

Soalan & Jawapan:
S: Rakan ada masalah rumah tangga sehingga menjejaskan kerjaya. Sebagai rakan, bagaimana untuk membantunya?
J: Masa kahwin - lelaki & perempuan sama level. Andai berlaku perceraian- wanita jangan cepat melatah. Mungkin 'taraf' kita dah tak sama. Wanita jangan bergantung pada suami, tapi bergantunglah pada Allah. Mungkin ada hikmah perceraian itu. Wanita boleh masuk syurga tanpa suami. Untuk tolong rakan yang susah, beri ilmu. Pertama ajak jaga hubungan dengan Allah, betulkan dalaman, luaran akan jadi betul. Merayu, mengadu pada Allah, jangan pada manusia. Sebelum beri nasihat pada orang, beri kasih sayang dulu, then guna ayat AlQuran utk tegur dan ajak buat kebaikan.

S: Bagaimana meyakinkan ibubapa yang suka menyalahkan anak2? Bagaimana nak tegur ibubapa agar tak kecil hati.
J: nak tegur mak bapa susah, jadi tak payah tegur sebaliknya jadikan diri kita contoh. Secara tak langsung ibu bapa akan terperasan kesilapan mereka. Walaupun di salahkan ibu bapa, terus berusaha untuk ambil hati mereka. Petua utk ambil hati - puji, beri hadiah, penuhkan hatinya dengan kasih sayang.

Manusia ni ada 3 benda payah nak buat - mengaku buat silap, minta maaf, buat baik pada org yang buat jahat pada kita. 

S: Bagaimana nak memotivasi anak yang masih dalam pengajian?
J: beritahu anak yang kegagalan sebagai ujian bukan kegagalan semata. Cari kawan yang baik, isi kehidupan untuk mencari makna kehidupan. Ingatkan anak tujuan asal belajar - untuk dapat redha Allah bukan semata-mata keperluan duniawi. Kerja dengan makna bukan sekadar keperluan.

Saturday, August 31, 2013

Kisah-Kisah Seram Di JB




mungkin banyak kisah2 yang seram telah dipaparkan dalam macam2 blog sebelum nie .. Tapi aq sebagai anak johor nax gax berkongsi cerita , btw my written is not to good n i not have a enough time to write.. so just copy n paste from one of my friend from facebook .. TQ for sharing .. so JB tidak juga terlepas dgn cerita2 hanyut y sering2 dijadikan bahan bualan masyarakat , jd xnak ckp pjg lebar jom chek it out this note :

       Siapa kata hantu duduk kat kampung je? Jika korg yg lahir kat JB tak pernah dgr cerita hantu dari mulut ke mulut, mmg tak sah la..        Ingat lagi tak pasal hantu perempuan yang memakai purdah kecoh culik budak? Ianya juga di kenali sebagai Wanit...a Setan.. Hantu tu di katakan menaiki kereta Kancil berwarna merah.. Time tu tahun 1996, aku darjah 2.. Dah nak masuk waktu maghrib je, semua budak2 tak kira la lelaki atau pmpn akan masuk ke rumah coz takut kena culik ngan hantu tu.. waktu malam hingga ke subuh di katakan hantu itu 'beroperasi' mencari mangsa.. Hantu tu di katakan nak tangkap 20 org gadis..  Sebab apa dia nak tangkap 20 org gadis? sebabnya nak isap darah 20 org gadis tersebut bg menghilangkan hodoh di muka akibat melanggar pantang..        Oleh sebab tu juga hantu purdah tu memakai purdah kerana nak melindungi wajahnya yg kelihatan hodoh..cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu.. Di dewasa ini aku terfikir, HANTU PANDU KERETA KANCIL? HAHAHA.. Orang kata, cerita ini di war-warkan sbb nak mengelakkan anak dara keluar malam² sebab waktu tu mmg ramai bohsia and bohjan, tapi tatau lah. btw kalau dapat kurangkan bohsia and bohjan bagus juga ada cerita² macam ni.        Kisah Hantu Kum Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam masyarakat Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan penduduk asli di tanah air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum ini. Bergitulah pantasnya cerita Hantu Kum Kum ini tersebar. Namun, daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal. Seseorang manusia normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita ini sangat mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan mampu membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan terdapat mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak logik bukan?        Apa yang penting sebenarnya daripada kisah yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung beberapa perkara tersirat. Sebagai warganegara Malaysia anda wajib mengetahuinya. hehe.. hebat tak org Johor Bahru? Kecoh satu Malaysia tu.. ok itu cerita pembuka kata.. Selepas ini anda di sajikan dgn cerita2 mistik yg pernah kecoh di Johor Bahru..   Cerita 1, Lokasi Masai.           Tahukah korg bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak di gunakan? maka terjadilah tempat2 jin melepak.. Jangan di sangka rumah kosong yg di biarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..        Surau sepi ini berdekatan dgn pekan Masai.. Surau tu di buat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan.. Yang aneh nya setiap kalii mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..  Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali ke rahmutullah pada thn 1990an.         Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!        Sebelum di robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..    Cerita 2, Lokasi Villa Nabila Bukit Serene (berhampiran Strait View Hotel)            Kalau rasa berani sangat, try la 'berhijrah' ke sana.. tapi ingt.. waktu mlm ye? jgn lupa rakam.. hehehe.. Dah ramai yg saja nk jln2 ke Rumah Hantu tak berbayar tu.. ye la.. dia bukannya mcm funfair.. ok, aku ada url video drpd budak poli JB, dorg ada masukkan kat youtube.. ni rakaman siang hari.. http://www.youtube.com/watch?v=fQ1omgTq-rk        Member aku pernah masuk Villa Nabila tu, orang kata, kalau masuk genap, kat dlm tu jadi ganjil.. kalau masuk 8 org, cuba korg kira kat dlm tu.. entah-entah 9 orang.. kalau tak percaya korang leh tanya pengalaman (facebook name Tyecik Hades).. Kisah ni berlaku masa zaman rempitnya dulu.. Mat rempit biasa lah, hati cekal & kering.. Dorg akan cuba buat sesuatu yg org lain x berani nak buat.. Kalau korg dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa2 tu Alhamdulillah la.. Kadang2 time nk balik tu, enjin kenderaan takleh nak start.. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila..        Ada beberapa budak penakut ni lagi best, takut punya pasal, dorg pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas bersahur kat Singgah Selalu pukul 2 pagi, dorg terus wat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila.. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba2 bumbung kereta dorg kena ketuk.. Lagi dasyat enjin kereta dia tak leh hidup.. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup & mereka membatalkan hasrat utk jejak kan kaki ke dlm Villa Nabila tu.. Ingat! jangan sampai meracau sudah..        Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..         Utk pengetahuan korg, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila & yg ke tiga agak dlm sikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor.. Bahaya & belum di siasat..         Mengapa Villa Nabila begitu mistik? apakah punca dari mulut ke mulut yg sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yg tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini. Kepada polis yg baca artikel ini, sila sahkan cerita ini please~ hehe.. ni video yg kedua aku search kat youtube.. tak tau la budak mana punya kerja.. http://www.youtube.com/watch?v=h7RRI2oelY0 kalau korg rajin, korg try la main pause-pause.. mana lah tau korg ternampak lembaga yg tak di ingini masuk dlm video dorg tu.. huhuhu..   Cerita 3, Terowong Lama British di Tambak Johor          Kredit utk Azeem Zainal, pasal dia lah aku cari info mengenai kisah ini. Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura. Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar?        Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowongberkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan?        Ok, aku nak bawa korg ke alam misteri.. Ingat lagi tak Metro Ahad pernah keluarkan berita tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri? Bertarikh 14 November 2010. Masa tu aku kat Melaka tgh sibuk2 ngan 'Projek Melaka' Tajuknya Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36 tahun. Dia dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? mayatnya pun di jumpai setelah beberapa hari..       Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya.        Pemahaman 'org2 kampung' mcm biasa lah, mereka mengatakan itu semua adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata Kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Thukah anda, isteri mangsa siap tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah suaminya.. Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah..        Ini ada 2 video yg di sedut dari youtube berkenaan Terowong yg di katakan ini.. http://www.youtube.com/watch?v=WEDuqd-ShC0dan http://www.youtube.com/watch?v=oVSiBbiqrMg        Pelik, mcm mana dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi separuh jalan je pasal di pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau nk ikutkan dgn video ni, negara kita masih selamat la, pasal dorg takleh nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah video ini di buat2 oleh mat saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul dlm video tu.. Sebab dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya pula bukan calang2 hantu!   Cerita 4, Banglo Hilang, area Taman Rinting          Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat duit dgn senang. duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk perjudian.. anyway setelah langgar perjanjian.. rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi..maybe orang kat rumah dah jadi bunian kot skang nih... dah hidup kat alam sana bersama orang2 bunian... wallahualam.. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?        Versi ke dua pula ada yg menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia buat rumah besar2 dgn menggunakan harta anak yatim tersebut.        Versi ke 3 lagi la macam haram.. banglo ni di katakan hilang pasal ada sorg sami buddha ni nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul2.. haram x? nak jadi David Copperfield pun agak2 la..        Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat ni nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi 1 mimpi yg sungguh misteri. dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm gate banglo.. di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan.. mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju gate tersebut.. yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada 3 org ahli mereka secara serentak! seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jgn ke rumah tersebut.. orang tua itu berada di hujung simpang.. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka melupakan saja hajat mereka utk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang ni pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu.. persoalan yg menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?  Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 & 2003, takde lah pagar secantik yg kita leh tgk seperti gmbr2 di atas.. Dulu cuma pagar dawai yg kaler hijau tu, siap nmpk batu marmar nya lagi.. Security mmg ketat gila, pantang nmpk kereta benti kompem di halaunya..          Ini adalah salah 1 story yg telah di ambil dari sebuah forum..   "sy nak tambah skit aper yg sy tau pasal banglow kat taman rinting nie.. seingat sy, banglow nie ilang kalo tak salah lah tahun 2003 or 2004.. sory sy lupa coz waktu tu sy bru abis SPM.. sy duduk umah abg ipar sy kat taman daya yg bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah.. so dia byk kwn ngan Pemaju2 Perumahan kat JB.. dia penah bawak sy pi tempat banglow tu.. waktu malam plak tu.. tiba jerk kat banglow tu, secara automatik nya bulu roma sy berdiri tegak.. hahahha.. waktu tu, sy just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yg tinggi tu jerk..(tapi tangga tu sy tak perasan plak).. yup, tapak umah tu bersih waktu tu.. takder rumput tumbuh lagi.. sy nak kuar dari kete tapi abg ipar sy tak bagi coz dia takut sy lemah semangat.. memang ramai org kat situ, tapi org penting2 jelah.. polis jaga laluan masuk ke banglow tu.. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing2 sibuk ngk Drawing plan Phase taman Rinting tu.. memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO.. tapi tetiba hilang.. sejam kemudian sy n abg ipar balik rumah kat taman daya.. sampai kat rumah, sy trus masuk.. tapi abg ipar marah sy.. dia ajak sy duduk luar dulu dalam 10 minit.. kemudian dia cakap entah kat sapa,  "sampai kat sini jerk, jgn ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil sy dibuat nya.. pastu sy trus masuk dan mandi.. kemudian abg ipar panggil n cerita tentang banglow tu.. dia cakap, banglow tu ader  org India yg beli.. tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. it's means, Org India tu sepatut nya bagi duit derma yg org ramai bg tu kat rumah kebajikan anak yatim johor.. tapi dia klepet aper entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu.. kira tuk bayar down payment lah tu.. pastu dia wat loan dan lantik abg ipar sy tuk wat penilaian kat umah banglow tu.. tu yg abg ipar sy kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. n pasal dia tak bg sy masuk umah trus masa sampai umah kat taman daya tu coz ptg sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jgn trus masuk umah pas datang banglow tu.. takut ader yg ikot kater nya.. tu jelah yg sy tau..         waktu progress work, abg ipar sy tak terlibat.. tetapi waktu india tu nak wat loan kat bank, abg ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam"          Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di maksudkan.. Misteri menjadi semakin misteri.. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi..   Cerita 5, Jambatan Permas Jaya & Railway Plentong          Kemalangan maut pasti terjadi tiap2 tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yg ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ia

LAGU: SUA SUE KEMUNING (sempena hari st patrick) Dulu tentera british kawad pagi-pagi nyanyi lagu ni kat malaysia. lirik dia sebenarn...